Monday 20 July 2009

PROGRAM BAKTI SISWA 2009




Badan Perhubungan Negara Indonesia & Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara
Host:
Type:
Network:
Global
Start Time:
Thursday, August 6, 2009 at 8:00am
End Time:
Sunday, August 9, 2009 at 5:00pm
Location:
Kubang Rotan, Pengkalan Kundur, Anak Bukit
City/Town:
Kuala Kedah, Malaysia
Phone:
0340446312
Email:



Sebuah program kebajikan yang melibatkan mahasiswa dalam dan luar negara bakal diadakan di Kuala Kedah, Kedah Darul Aman dari 6 hingga 8 Ogos 2009 kelak.

Program anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat KULN ini
akan meliputi pelbagai program kebajikan menarik seperti program pemeriksaan kesihatan di balai raya dan dari rumah ke rumah, penyampaian ceramah motivasi kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah, program kebajikan dan gotong- royong di masjid, rumah warga emas, ibu tunggal dan OKU di sekitar Kuala Kedah.

Para peserta juga turut berpeluang mengenal penduduk setempat dengan lebih dekat apabila mereka turut akan ditempatkan sebagai anak angkat di beberapa keluarga sekitar kampung di Kubang Rotan, Pengkalan Kundur dan Anak Bukit.

Bagi mereka yang berminat, anda bolehlah menghubungi Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara melalui e-mel kelab_umno@yahoo.com atau hubungi talian 03-4044 6312 dengan kadar segera.

Transportasi dari Kuala Lumpur ke Kedah turut akan disediakan.

Sukacita seluruh ahli Kelab UMNO Luar Negara dan mereka yang berminat dijemput untuk memberi sokongan pada program ini.

Terima kasih.



Daripada Mohd Feendi Yap(Presiden KUBI) :



Assalamualaikum wbt..

URGENT PESERTA SEMAIAN BAKTI 2009

>> Bagi peserta yg berasal dari KULN indonesia, i hope that u all can submit us ur T-shirt size dan maklumat peribadi lain dan dihantar menerusi cawangan masing2 ASAP..

>> BAgi peserta KULN yg di luar Indonesia, sekiranya anda masih berminat mengikuti Program Semaian Bakti ini, sila daftarkan segera diri anda di SEKRETARIAT KULN PWTC selewat-lewatnya hari ISNIN , jam 2 ptg..bukan melalui konfirmasi Via FACEBOOK..

Kerjasama dari semua pihak amatlah saya hargai dan di dahului dgn ucpn terima kasih!

see u guys there..

any info do cntact me

TQ.wslm

0 opinions: