Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah,hidupnya kita semua pada malam ini menunjukkan kita semua sudah berjaya menunaikan ibadat puasa bersama-sama sebulan di bulan Ramadhan bagi mereka yang beragama Islam.
Malam ini merupakan malam 1 Syawal dan esok merupakan Hari Raya.Sudah tentu banyak perkara telah dilakukan oleh kita semua terutamanya yang muslim bagi meraikan Aidilfitri ini.Mungkin ada yang tengah menggosok baju raya,memasak juadah raya,membakar kek raya dan macam-macam lagi.Apa-apa pun terpulang kepada anda asalkan apa yang dilakukan tidak malampaui batas dan hukum syarak.
Kami dari crew batch 2008 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh warga Unpad terutamanya batch 2008 tidak kiralah di mana jua anda berada samada di Jatinangor atau di bumi Malaysia yang tercinta.
Maaf dipinta daripada anda semua atas yang telah kami lakukan jika ada salah,silap,terkasar bahasa,terlanjur bicara,tercuri masa,salah faham dan macam-macam lagi kerenah kami yang pernah kita semua alami bersama sepanjang kehidupan ini.Semoga kita dapat memaafkan antara satu sama lain memandangkan kita semua manusia biasa yang penuh dengan cacat dan cela.
Ja'alnallahu wa iyyakum minal 'aidiinal faiziina,wa taqabbalallahu minna wa minkum...
Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba-Nya yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hamba-Nya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita semua...
Akhir kata daripada kami,sekali lagi diucapkan...
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...
PERISA HATI DI AIDIL FITRI
Kepelbagaian perisa menjadi satu rasa
Aroma yang berbeza bumbu kelazatannya
Pedas, harum, manis dan pahit bergaul mesra
Dalam resepi warisan sejak dahulukala
Pada kelembutan ketupat dan lemang
Pada keenakan lodeh dan rendang
Bersalut segala kreativiti dan aspirasi
Melahirkan citarasa yang serasi dan harmoni
Begitulah kiasan di Hari Raya
Hari mempertemukan semua yang berbeza
Segala bangsa, budaya dan agama
Buat menjalinkan kesatuan rasa
Berbeza bukan untuk bertentangan
Pelbagai bukan untuk bertikai
Di Aidil Fitri kita dipertemukan
Bagai ramuan dalam satu masakan
Inilah menu hakiki…
Inilah persaudaraan sejati…
Perisa hati di Aidil Fitri!
0 opinions:
Post a Comment