Monday 30 November 2009

Sambutan AidilAdha

Diambil dari PKPMI

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Alhamdulillah...dengan keizinan Allah Taala...Sambutan Aidiladha pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Qurban Pesona Taqwa telah membuka tirainya pada Isnin, 23 November 2009 dengan Ceramah Qurban di A.3 Teater Fakultas Kedoktoran UNPAD Jatinangor.
Program diteruskan lagi dengan Iftar Hari Arafah pada Khamis, 26 November 2009 dan ceramah pada malam itu telah disampaikan oleh Dr Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis.
Seterusnya, Program Qurban & Sambutan Aidiladha telah pun berjaya dilaksanakan semalam, Jumaat, 27 November 2009. Acara ini telah dimulakan dengan Solat Sunat Aidilaidha di perkarangan As-Syifaa Fakultas Kedoktorean UNPAD dan diteruskan dengan penyembelihan haiwan-haiwan qurban di kediaman pelajar, Alpina.

Majlis pada tahun ini telah dimeriahkan lagi dengan kedatangan Datuk Shahidan Kassim & Dr Asri Zainul Abidin beserta rombongan.
Kami, pelajar-pelajar yang berada di bumi Bandung Indonesia ini sangant berterima kasih & menghargai kedatangan mereka semua dalam menjayakan program ini.

0 opinions: